Friday, February 8, 2019

BEZA ANTARA INDUSTRI MEDIKAL DENGAN INDUSTRI NUTRITIONAL

BEZA ANTARA INDUSTRI MEDIKAL DENGAN INDUSTRI NUTRITIONAL


Biasanya bila kita demam, kita akan pergi jumpa doktor dan kita akanm diberi paracetamol ( panadol). Tapi bila jumpa pengamal supplement ni, cadanganya lain hihih.. pengamal supplement akan bagi cadangan untuk mengambil performance drink dan vitamin C bagi imun semula badan. Siapa sebenarnya yang betul dan yang betul2 kelentong? Mungkin ramai yang tak percaya saya sebab saya bukan doktor hahha..okay 

Sebenarnya industri medikal atau perubatan dan industri pemakanan tambahan adalah berbeza, sangat berbeza. Dalam industri perubatan, pengeluaran ubat-ubatan di bawah kelas farmaseutikal memerlukan pembuktian dari ujian klinikal. Maknanya sejenis ubat itu perlu menjalani ujian klinikal yang terbukti boleh bertindak ke atas sesuatu penyakit seblum ia digunapakai. Dan bahan2 farmaseutikal ini tidak boleh dijual sewenang-wenangnya, terutama yang menpunyai dadah terkawal.

Berlainan dengan suplement, ia adalah bahan neutraseutikal yang tidak semestinya melalui ujian klinikal (namun produk Shaklee tetap menjalani ujian2 klinikal termasuk pengesahan dari pihak ketiga). Sebab itu kita dapati banyak sangat syarikat, termasuk MLM yang mengeluarkan produk berupa makanan tambahan ( samada dalam bentuk kapsul atau minuman). Produk suplement boleh dijual secara bebas, tak macam produk2 perubatan.

Dalam industri medikal, pratiknya mengutamakan "mengubat" manakala dalam industri nutritional, pratiknya mengutamakan "mencegah". Oleh sebab itu kita lihat.. misalnya dalam menangani kanser..kalau dalam industri medikal, pelbagai mesin canggih2 dicipta untuk mengubati dan merawat kanser. Manakala dalam industri nutritional, pelbagai jenis pemakanan tambahan, anti oksidan dan sebagainya dikaji dan dihasilkan untuk mencegah dan mengelakkan kanser daripada merebak.

Oleh yang demikian, sebagai pengguna kita hendaklah peka dengan perbezaan ini. kenapa kebanyakan doktor tidak menyarankan suplement, ini kerana praktik mereka lebih kepada medikal dan farmaseutikal. Manakala pengamal suplement dan perubatan alternatif, praktiknya lain, iaitu lebih kepada hal2 nutritional dan nutraseutikal.

Namun keputusan terbaik tetap berada di tangan kita. Mahu mencegah atau berubat, tepuk dada tanya selera....


Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di talian :-
call/mesej : Puan Jannah 017-4493884


0 comments: